Thursday, November 21, 2013

Kerana DIA sangat sweet!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah, setelah sekian lama (lama ke?) tak aktif di blog,
In Shaa Allah pagi ni ana nak kongsikan sesuatu buat anda anda dan anda semua.
Sebenarnya tadi ana terbaca satu entry dari seorang akhowat, dan ana jua terpanggil untuk berkongsi, In Shaa Allah.
Mudah-mudahan menjadi pengajaran, dan kekuatan buat anda, terutama yang sedang diuji Allah. *Senyum*

-2011-

Alhamdulillah, berbekalkan keputusan PMR, ana diterima masuk ke kelas aliran sains tulen.
Walaupun tak dapat masuk MRSM, namun berbaik sangka dengan aturan Allah bahawa ada sesuatu yang Allah simpan untuk ana di sini, In Shaa Allah. Yang penting tu belajar ^^

Pada awalnya, semuanya baik-baik sahaja.
Namun, pada pertengahan tahun, kesihatan ana mula merosot dan merosot.
Oh ya, ana adalah salah seorang yang pakai prosthetic sejak lahir. (Cari sendiri prosthetic tu apa. :p)
*Okay sambung balik cerita tadi...

Dan ditakdirkan jua, masa ana form 4 tu, ana mewakili sekolah dalam pertandingan robotik (National Robotics Competition) di peringkat negeri, Alhamdulillah, nasib menyebelahi kami untuk mewakili peringkat kebangsaan.
Namun, Allah sebaik-baik perancang, ana tidak dibenarkan bertanding untuk peringkat kebangsaan oleh kerana mempunyai masalah kesihatan.
Allah, masa tu hanya Allah je yang tahu, remuk terasa dihati, rasa nak give up pun ada. 
Namun, Dia tak biar ana sorang-sorang, Dia hantarkan ana cikgu-cikgu dan sahabat yang tetap setia bagi support. 
Walaubagaimanapun, kesihatan ana beransur pulih sedikit demi sedikit, memberikan ana kekuatan baru untuk meneruskan perjuangan untuk SPM tahun seterusnya. Alhamdulillah. Yeah!

-2012-

Tatkala tinggal lagi 2 bulan sebelum SPM, biasanya hari-hari dekat nak exam ni adalah merupakan hari yang superbusy bagi pelajar-pelajar. Semua pakat nak struggle untuk dapatkan keputusan terbaik, dan ana tak terkecuali.
Namun, Allah lebih tahu.
Penyakit saraf ana datang balik, dan kali ni lebih serius.

Kata Doktor: "Takde cara lain untuk awak selain pembedahan, tapi saya tak dapat janjikan apa-apa, sekiranya pembedahan berjaya, Alhamdulillah. Namun, jika tidak, saya terpaksa potong sebelah lagi kaki awak...."
*Ayat doktor tu tak boleh lupa sampai sekarang*

Namun ana kuatkan hati untuk bertahan sampai habis exam.
Disebabkan keluarga ana tak sanggup nak bagi ana jalani pembedahan kerana risiko tersebut, ana jua perlu akur supaya tetap kuat.

Tapi,
Tatkala tinggal sebulan je lagi nak exam,
Tiba-tiba kaki ana dah tak rasa apa-apa, dari pinggang ke bawah dah rasa macam orang lumpuh,
Ana akhirnya akur, pembedahan dijalankan keesokan harinya setelah ditahan di ward.
Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya, pembedahan berjaya.
Dan sepanjang tempoh sebulan tu, ana tak boleh berjalan dan kena duduk dekat rumah.
Study sesorang kat rumah. Wuuuu. T_T

Dan alhamdulillah jua, Allah izinkan ana berjalan (even guna tongkat) betul-betul sehari sebelum SPM. :D


-Mei 2013-

Alhamdulillah, dapat tawaran ke UiTM dan Matrikulasi Perlis (tukar ke Matrikulasi Pahang sebab jauh :p).
Setelah istikarah, akhirnya ana memilih untuk ke Matrikulasi Pahang.
Dan di sinilah, ana bersama rakan karib ana bertemu sahabat-sahabat yang banyak membimbing ke jalan Allah, yang sangat caring, yang sangat sangat pentingkan dakwah & tarbiyah. 
Bertemu pensyarah yang baik-baik. Dapat pegi surau selalu sebab bilik (bilik sakit C2)sebelah surau. Hehe.
Banyak kenangan kat sini, dan Allah tunjukkan banyaknya pengorbanan sahabat-sahabat ana terhadap ana. T_T
*Terima kasih semua*

Tapi semua tu hanya 2 minggu je. (Cerita tadi macam lama je kan)
Kenapa?
Kerana takdir Allah tiada siapa yang mampu menduga,
Ana akhirnya masuk hospital semula. 2 minggu masuk hospital, dapat MC sebulan.
Dan akhirnya, setelah berbincang dgn keluarga, ana berkeputusan untuk berhenti.
Ya, keputusan yang berat untuk dibuat.
Namun, tetap berpegang pada janji Allah, Dia takkan sia-siakan orang yang bersabar. 

Sedih, memang sedih.
Berpisah dgn sahabat-sahabat,
Meninggalkan sebuah cita-cita untuk jadi doktor,
Tanggungjawab di masjid yang terpaksa dilepaskan.
Semuanya.

Namun, siapa ana untuk mempersoal takdir Ilahi,
Kerana Dialah Tuhan,
Yang tahu apa yang terbaik buat diri.
*Senyum*


Credit to: Ukhti Bedak Sejuk


Bila singkap semula kisah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat,
Ana terasa malu sendiri,
Baginda dulu, lagi berat diuji,
Kita, baru Allah jentik sikit dah gelabah. :(

Hari demi hari,
Ana semakin mengerti,
Bahawa diri kita hanyalah seorang insan,
Yang tarafnya hanyalah seorang hamba yang layak diuji.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
{Al-Ankabut: 2 & 3}

Setiap ujian yang dilalui,
Mengajar ana apa itu erti syukur,
Dan mendidik hati ana, supaya jangan pernah merasa kekurangan itu sebagai kelemahan.
Kerana itu, ana anggap kekurangan ini sebagai suatu anugerah terindah dari Allah, 
Yang mana, dengan anugerah ini ana akan sentiasa ingat bahawa ana hanyalah seorang hamba, 
Yang perlu sentiasa bergantung harap sepenuhnya hanya pada Dia. *senyum lagi*

Dan buat anda,
Duhai hati-hati yang sedang diuji,
Tabahlah, dan teruskan bergantung pada rahmat Allah,
Kerana Dia itu Rabb kita,
Yang akan sentiasa bersama kita.

Tatkala kita merancang sesuatu untuk diri kita, 
Ketahuilah bahawa Allah Maha Hebat jua merancang,
Namun nyata, hanya Dia sebaik-baik perancang.

Dan tiap takdir itu adalah hak milik mutlak Allah,
Walau sehebat manapun kita atur perancangan hidup kita,
Tetapi takkan terlaksana tanpa izinNya.

Didik hati kita agar sentiasa bersyukur atas tiap nikmat mahupun ujian,
Dan usah sesekali mempersoalkan takdir Tuhan,
Kerna kita hanyalah seorang insan bergelar hamba,
Yang akan sentiasa dan sentiasa perlukan Dia dalam meneruskan perjuangan.

Pandanglah tiap ujian itu pada hikmahnya,
Bukan pada kesakitan, penderitaan dan kepayahan yang dilalui.

Senyumlah,
Dan ketahuilah, Allah bersamamu.
:)


Don't forget to say, "Alhamdulillah".