Thursday, November 21, 2013

Kerana DIA sangat sweet!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah, setelah sekian lama (lama ke?) tak aktif di blog,
In Shaa Allah pagi ni ana nak kongsikan sesuatu buat anda anda dan anda semua.
Sebenarnya tadi ana terbaca satu entry dari seorang akhowat, dan ana jua terpanggil untuk berkongsi, In Shaa Allah.
Mudah-mudahan menjadi pengajaran, dan kekuatan buat anda, terutama yang sedang diuji Allah. *Senyum*

-2011-

Alhamdulillah, berbekalkan keputusan PMR, ana diterima masuk ke kelas aliran sains tulen.
Walaupun tak dapat masuk MRSM, namun berbaik sangka dengan aturan Allah bahawa ada sesuatu yang Allah simpan untuk ana di sini, In Shaa Allah. Yang penting tu belajar ^^

Pada awalnya, semuanya baik-baik sahaja.
Namun, pada pertengahan tahun, kesihatan ana mula merosot dan merosot.
Oh ya, ana adalah salah seorang yang pakai prosthetic sejak lahir. (Cari sendiri prosthetic tu apa. :p)
*Okay sambung balik cerita tadi...

Dan ditakdirkan jua, masa ana form 4 tu, ana mewakili sekolah dalam pertandingan robotik (National Robotics Competition) di peringkat negeri, Alhamdulillah, nasib menyebelahi kami untuk mewakili peringkat kebangsaan.
Namun, Allah sebaik-baik perancang, ana tidak dibenarkan bertanding untuk peringkat kebangsaan oleh kerana mempunyai masalah kesihatan.
Allah, masa tu hanya Allah je yang tahu, remuk terasa dihati, rasa nak give up pun ada. 
Namun, Dia tak biar ana sorang-sorang, Dia hantarkan ana cikgu-cikgu dan sahabat yang tetap setia bagi support. 
Walaubagaimanapun, kesihatan ana beransur pulih sedikit demi sedikit, memberikan ana kekuatan baru untuk meneruskan perjuangan untuk SPM tahun seterusnya. Alhamdulillah. Yeah!

-2012-

Tatkala tinggal lagi 2 bulan sebelum SPM, biasanya hari-hari dekat nak exam ni adalah merupakan hari yang superbusy bagi pelajar-pelajar. Semua pakat nak struggle untuk dapatkan keputusan terbaik, dan ana tak terkecuali.
Namun, Allah lebih tahu.
Penyakit saraf ana datang balik, dan kali ni lebih serius.

Kata Doktor: "Takde cara lain untuk awak selain pembedahan, tapi saya tak dapat janjikan apa-apa, sekiranya pembedahan berjaya, Alhamdulillah. Namun, jika tidak, saya terpaksa potong sebelah lagi kaki awak...."
*Ayat doktor tu tak boleh lupa sampai sekarang*

Namun ana kuatkan hati untuk bertahan sampai habis exam.
Disebabkan keluarga ana tak sanggup nak bagi ana jalani pembedahan kerana risiko tersebut, ana jua perlu akur supaya tetap kuat.

Tapi,
Tatkala tinggal sebulan je lagi nak exam,
Tiba-tiba kaki ana dah tak rasa apa-apa, dari pinggang ke bawah dah rasa macam orang lumpuh,
Ana akhirnya akur, pembedahan dijalankan keesokan harinya setelah ditahan di ward.
Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya, pembedahan berjaya.
Dan sepanjang tempoh sebulan tu, ana tak boleh berjalan dan kena duduk dekat rumah.
Study sesorang kat rumah. Wuuuu. T_T

Dan alhamdulillah jua, Allah izinkan ana berjalan (even guna tongkat) betul-betul sehari sebelum SPM. :D


-Mei 2013-

Alhamdulillah, dapat tawaran ke UiTM dan Matrikulasi Perlis (tukar ke Matrikulasi Pahang sebab jauh :p).
Setelah istikarah, akhirnya ana memilih untuk ke Matrikulasi Pahang.
Dan di sinilah, ana bersama rakan karib ana bertemu sahabat-sahabat yang banyak membimbing ke jalan Allah, yang sangat caring, yang sangat sangat pentingkan dakwah & tarbiyah. 
Bertemu pensyarah yang baik-baik. Dapat pegi surau selalu sebab bilik (bilik sakit C2)sebelah surau. Hehe.
Banyak kenangan kat sini, dan Allah tunjukkan banyaknya pengorbanan sahabat-sahabat ana terhadap ana. T_T
*Terima kasih semua*

Tapi semua tu hanya 2 minggu je. (Cerita tadi macam lama je kan)
Kenapa?
Kerana takdir Allah tiada siapa yang mampu menduga,
Ana akhirnya masuk hospital semula. 2 minggu masuk hospital, dapat MC sebulan.
Dan akhirnya, setelah berbincang dgn keluarga, ana berkeputusan untuk berhenti.
Ya, keputusan yang berat untuk dibuat.
Namun, tetap berpegang pada janji Allah, Dia takkan sia-siakan orang yang bersabar. 

Sedih, memang sedih.
Berpisah dgn sahabat-sahabat,
Meninggalkan sebuah cita-cita untuk jadi doktor,
Tanggungjawab di masjid yang terpaksa dilepaskan.
Semuanya.

Namun, siapa ana untuk mempersoal takdir Ilahi,
Kerana Dialah Tuhan,
Yang tahu apa yang terbaik buat diri.
*Senyum*


Credit to: Ukhti Bedak Sejuk


Bila singkap semula kisah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat,
Ana terasa malu sendiri,
Baginda dulu, lagi berat diuji,
Kita, baru Allah jentik sikit dah gelabah. :(

Hari demi hari,
Ana semakin mengerti,
Bahawa diri kita hanyalah seorang insan,
Yang tarafnya hanyalah seorang hamba yang layak diuji.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
{Al-Ankabut: 2 & 3}

Setiap ujian yang dilalui,
Mengajar ana apa itu erti syukur,
Dan mendidik hati ana, supaya jangan pernah merasa kekurangan itu sebagai kelemahan.
Kerana itu, ana anggap kekurangan ini sebagai suatu anugerah terindah dari Allah, 
Yang mana, dengan anugerah ini ana akan sentiasa ingat bahawa ana hanyalah seorang hamba, 
Yang perlu sentiasa bergantung harap sepenuhnya hanya pada Dia. *senyum lagi*

Dan buat anda,
Duhai hati-hati yang sedang diuji,
Tabahlah, dan teruskan bergantung pada rahmat Allah,
Kerana Dia itu Rabb kita,
Yang akan sentiasa bersama kita.

Tatkala kita merancang sesuatu untuk diri kita, 
Ketahuilah bahawa Allah Maha Hebat jua merancang,
Namun nyata, hanya Dia sebaik-baik perancang.

Dan tiap takdir itu adalah hak milik mutlak Allah,
Walau sehebat manapun kita atur perancangan hidup kita,
Tetapi takkan terlaksana tanpa izinNya.

Didik hati kita agar sentiasa bersyukur atas tiap nikmat mahupun ujian,
Dan usah sesekali mempersoalkan takdir Tuhan,
Kerna kita hanyalah seorang insan bergelar hamba,
Yang akan sentiasa dan sentiasa perlukan Dia dalam meneruskan perjuangan.

Pandanglah tiap ujian itu pada hikmahnya,
Bukan pada kesakitan, penderitaan dan kepayahan yang dilalui.

Senyumlah,
Dan ketahuilah, Allah bersamamu.
:)


Don't forget to say, "Alhamdulillah". 



Monday, October 14, 2013

Kerana Dikau Yang Istimewa


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ehem.
Sebenarnya ana masih berat hati nak tulis entri nie,
Namun tanggungjawab terhadap agama, untuk menyampaikan ingatan perlu diutama,
Penerimaan dari insan lain harus diletakkan di tangga kedua, In shaa Allah.

Okay, sebelum tu ana nak cerita satu cerita.
Dulu-dulu kan, masa ana di zaman gelap (sebelum dikunjungi Cik Hidayah),
Dan masa tu pesbuk tengah meletop-letop kebaboom gitu,
Ana pun tak kurang hebatnya (ceh, hiperbola),
Orang upload gambar, ana pun nak jugak,
Boleh kata tiap-tiap hari duk upload gambar,
Macam-macam pose ada,
Cuma muncung itik, unta, kuda tu takdelah kan. Eheh.

Lepas tu, ada seorang akhowat tegur ana,
Masa tu, perasaan bercampur-baur,
Tersentap,
Terasa,
Semua 'ter' ada.
Tapi terdetik juga dalam hati, "Alaa, bukan upload gambar bukak tudung pun."
Astaghfirullah, sampai sekarang rasa menyesal sebab pernah fikir macam tu,
Pandainya syaitonirrajim racuni fikiran kita tanpa sedar,
Nampak tak permainan dia?

Okay tu pengalaman ana lah, dan in shaa Allah jadi pengajaran untuk diri ana sendiri.
Sebenarnya entri nie adalah khasnya ditujukan buat insan bergelar wanita sekalian.
Kat sini ana nak beri penekanan yang sangat sangat,
Most important thing,
Tentang aurat.
Mungkin kalian rasa dan biasa sangat orang cakap pasal nie, kan?
Tapi ana nak cakap jugak, sebab yang suruh kita tutup aurat nie bukan Perdana Menteri, Tok Penghulu Kampung mahupun Ketua Kelas, tapi Rabb kita, Allah Azza Wa Jalla.

Tak percaya?
Nahh, ini buktinya:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(An Nur:31)
Tapi sejak kebelangan nie, banyak sangat fesyen yang dikategorikan sebagai pakaian 'muslimah' muncul,
Macam-macam jenis tudung, baju dan seangkatan dengannya diperagakan.
Sampai mungkin antara kita pun mungkin ada timbul perasaan nak 'cuba' berfesyen-fesyen nie kan?
Fesyen tak salah selagi mana menepati syariat.
So, kita kena faham betul-betul bab aurat supaya tak pakai pakaian yang mengundang murka Allah.

"Aku dah pakai tudung, so apa lagi kau nak?"

Er, aurat tu bukan pada tudung semata okay,
Pakaian kita, jangan pakai yang ketat-ketat, 
Kaki tu, stokin mana stokin?
Lepas tu jangan ada bonggol-bonggol,
Biarlah orang kata kita kolot,
Sebab kita bukan nak nilaian manusia,
Cukuplah pada nilaian Allah.

Okay satu lagi,
Tentang pendedahan gambar di laman sosial,
Sebenarnya ana bukan nak melarang sama sekali,
Tapi tetap nak beri ingatan.

Ana nak tanya,
Kita dapat pastikan ke yang tengok gambar kita tu mahram kita je?
Dan kalau bukan mahram, pasti ke dia tu takde penyakit dalam hati dia?
Tak kesian ke kat zauj enti (bagi yang dah kahwin je), kalau enti dengan mudahnya dedahkan segala kecantikan bukan pada yang berhak?

Ana taknak jawab, kalian jawab sendiri. :p
Kat sinilah ana dapat rasa, betapa bersyukur Allah takdirkan akhowat tu tegur ana,
Baru ana tahu, betapa tingginya nilai seorang wanita, terutama muslimah.
Sampaikan dekat dalam Al-Quran ada surah untuk wanita,
Surah An-Nisa'.
Lelaki ado?

Sekali lagi, ana tekankan, bahawa entri ini adalah pesanan untuk diri sendiri,
Namun diharapkan dapat memberi ingatan jua untuk yang lain,
Pesan bukan tanda benci, pastinya kerana sayangnya pada kalian,
Mestilah nak masuk syurga sama-sama, kan?

Disini ana berikan sedikit panduan menutup aurat dengan sempurna,
Moga bermanfaat in shaa Allah.
Wallahua'lam.

:)



Saturday, October 12, 2013

C.I.N.T.A

kredit: Tuan Haji google

Alhamdulillah,
Kali ini tajuk entry agak panas baru keluaq dari oven. Eheh.
Dan entry ini adalah semestinya untuk mengingatkan diri sendiri.
In shaa Allah. :)

Sebenarnya beberapa jam yang lalu,
Setelah "log in" ke akaun Youtube, terus nampak satu video,
Jujurnya, video yang benar-benar menyentuh benak sanubari,
Airmata tak usah kata, mau basah satu tuala.*okay hiperbola*

Tersentuh, bila si suami dedikasikan sebuah lagu buat si isteri yang baru dinikahi,
Betapa indahnya sebuah perhubungan pabila sudah halal di sisi syara',
Dan lebih indah lagi bila ianya berpaksikan syariat agama.

Namun buat yang belum mampu untuk bernikah,
Pilihlah jalan mujahadah,
Perbaiki diri dan buat penambahbaikan pada ilmu dan amal.
Pastinya setiap orang yang jodoh yang terbaik kan?
Oleh itu usah gundah,
Yakin dengan janji Allah,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”  
An-Nur':26
Kerana semestinya kita impikan pernikahan yang penuh barakah,
Perhubungan yang di bawah naungan Ilahi,
Perhubungan yang mampu melajukan lagi diri kita dalam DnT,
Dan pastinya perhubungan yang boleh membawa kita ke syurgaNya.

Maka itu bukanlah hal yang mudah,
Perlukan pengorbanan yang besar buat diri,
Perlukan mujahadah yang tinggi,
Jua persediaan yang rapi.

Contohnya kita nak buat kek chocolate indulgence yang mana proses pembikinannya bukanlah mudah,
Pastinya kita kena faham betul-betul cara nak buat,
Dan kena sediakan bahan yang betul,
Serta memerlukan pengorbanan yang tinggi (wang untuk beli bahan, tenaga, masa, etc),
Kalau tak, alamatnya memang melayang ke tong sampahlah kan. Hee.

Macam tu jugak mendirikan baitul muslim,
Yang mana sebelum itu kena lahirkan individu muslim terlebih dahulu.
Kita nak yang soleh, so kenalah jadi solehah, right?
Kalau tak mampu jadi solehah, sekurang-kurangnya menjadi seorang yang berusaha ke arah solehah itu.
Tapi bagi yang mendapat yang kurang soleh/solehah,
Bersabarlah, itu ujian dan tarbiyah Allah buatmu.

In shaa Allah,
Mudah-mudahan kita semua akan di"hadiah"kan oleh Allah seorang insan yang sama-sama ingin mengejar redha Allah,
Yang sama-sama nak pimpin tangan kita menuju syurga Allah.
*Senyum*

Oh yaa, sebelum tu, nie link video yang ana cakap tadi. Bagi yang mudah tersentuh macam ana, jangan lupa sediakan tisu ya? :p
Kau & Aku

Wallahua'lam.

:)

Friday, October 11, 2013

Allah kan ada :)




Terkadang, 
Ujian kehidupan membuatkan kita menjadi lemah,
Seluruh tubuh terasa lesu,
Bagai tak mahu meneruskan langkah lagi,
Kering sudah airmata untuk menangisi,
Dunia seakan-akan gelap,
Terasa seolah tiada harapan untuk diri.

Kita nie,
Terkadang terlalu sibuk mengejar harta, mengejar cita-cita,
Masa kita senang, kita lupa dekat Allah.
Masa kita sihat, kita tak tunai perintah Allah.
Masa kita kaya, kita lupa bagi sedekah.
Masa kita berjaya, kita tak ingat nak ucap terima kasih pada Pemberi kejayaan.

Tapi mengapa, bila dijentik sedikit hati insani,
Dah mula resah gelisah,
Dah mula rasa Tuhan tak peduli.

"Kenapa Allah buat aku macam nie? Apa salah aku?"

Mengapa diletakkan kesalahan pada Tuhan?
Sedangkan kita yang sering lupa,
Kita yang selalu alpa.

Bila Allah tarik sedikit sahaja nikmat,
Kita dah mengeluh.

Allah uji kita dengan kesakitan,
Kita rasa Allah zalim pada kita.

Allah duga kita dengan kesusahan,
Kita dah mula rasa Allah tak sayang.

Hingga kita lupa,
Yang kita hanya makhluk, hamba ciptaan Allah.
Kita hanya hamba,
Kita bukan siapa-siapa,
Segala yang kita ada, bukan milik kita.

Hingga kita leka untuk mencari hikmah di sebalik ujian,
Betapa Allah nak kita dekat dengan Dia,
Allah nak kita kembali ingat dekat Dia.

Mungkin selamanie kita susah nak solat,
Maka Allah uji supaya kita jatuhkan ego kita sujud depan Allah.

Mungkin selamanie kita angkuh dengan kejayaan kita,
Dengan itu Allah uji supaya kita sedar kita hanya insan yang tak punya apa-apa.

Yakinlah,
Allah uji bukan kerana Allah itu zalim,
Tapi Allah nak kita sedar, bahawa kita ada Dia,
Allah nak kita tahu yang Dia sayangkan kita lebih dari ibu kita sayang kita.

Betapa indah aturan Allah,
Mungkin selamanie kita banyak buat dosa padaNya,
Kita selalu pinggirkan Dia,
Kita jarang "contact" dengan Dia,
Malah ada yang terus "lost contact" dengan Allah, dengan Al-Quran,
Maka Dia uji kita supaya kembali pada Dia,
Dia uji kita supaya kita jadi kuat keranaNya.


Buat yang sedang diuji,
Senyumlah sayangku,
Ujian itu tanda cinta Allah,
Tarbiyah direct dariNya.
Berbaik sangkalah pada Allah.

Pejamkan matamu,
Yakinlah, Allah sentiasa dekat, Allah sentiasa ada buatmu.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."{QS 2:216}


Wednesday, October 9, 2013

Anugerah Ep 1

Prolog

"Ukhti.."

"Hm?"

"Nanti kalau enti nak masuk sorga, tarik tangan ana sekali ya?"



-------------------------------------------------------


"Tak ada cara lain ke Dr.?"

"Buat masa nie, hanya pembedahan yang boleh membantu menyelamatkan sebelah lagi kaki kamu."

"Risikonya?"

"Saya tidak bermaksud membuat kamu risau Jannah, tapi risikonya agak bahaya. Jika pembedahan berjaya, In shaa Allah kaki kamu dapat diselamatkan. Tapi, jika tidak.."

"Jika tidak kenapa Dr.?"

"Jika tidak saya terpaksa potong sebelah lagi kaki kamu. Saya harap kamu buat keputusan yang tepat. Kalau anak saya sekalipun, saya akan fikir banyak kali."


Jannah terdiam. Airmatanya mengalir setitis demi setitis.
Dia akui, kali ini ujian Allah sangat berat baginya. 
Namun dia akur. Dia tahu Allah takkan menjadikan sesuatu kejadian dengan sia-sia.

Seusai mendapatkan tarikh temujanji berikutnya di kaunter, Jannah meminta izin dari ibunya untuk ke kedai buku Islam di mall berdekatan hospital. Sememangnya menjadi rutin, setiap bulan Jannah akan singgah di kedai buku Islam untuk menambah koleksi bahan bacaan. Tambahan pula Jannah memang teringin benar untuk memiliki sebuah terjemahan Al-Quran.

"Assalamu'alaikum akak, hmm, nak tumpang tanya, terjemahan Al-Quran dekat kawasan mana ya?"

"Wa'alaikummussalam, ya dik. Sini akak tunjukkan."

Hanya Allah yang tahu betapa bahagia hatinya tatkala terjemahan Al-Quran sudah berada di tangannya.
Jam tangan dipandang sekilas. Sudah hampir pukul 12.50 tengahari. Jannah mengatur langkah ke surau berdekatan untuk menunaikan solat fardhu zohor.

Sementara menunggu masuk waktu, Jannah membelek-belek terjemahan ayat Al-Quran yang baru dibelinya tadi. Terasa tenang di hati apabila memahami setiap kata cinta dari Ilahi. Segala kekusutan yang bersarang di mindanya bagaikan seolah-olah terlerai satu persatu.
Tiba-tiba dia terpandang suatu ayat dalam Surah Al-Ankabut, ayat 2 dan 3,
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman'" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Airmata Jannah mengalir laju.
Betapa ayat Al-Quran itu benar-benar menyentap tangkai hatinya.
Jiwanya mendapat kekuatan, bahawa setiap inci ujian yang Allah berikan adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana cinta kepada hambaNya, bukan untuk menzalimi. Sungguh kejam dirinya andai menyalahkan takdir atas kekurangan ini. Sungguh indah aturanMu, Allah.

"Allahku,
Aku kuat keranaMu,
Aku tetap bertahan untukMu,
Terkadang jauh dalam benak sanubariku terasa ingin menjadi seperti yang lain,
Terasa ingin berlari, mengejar impian seperti mereka,
Namun aku akur dan amat mengerti,
Kau lebih memahami yang terbaik untukku.

Allahku,
Terima kasih atas tiap ujian ini,
Kekurangan ini adalah anugerah terindah dariMu untukku,
Biarpun aku berbeza dari yang lain,
Namun aku berharap,
Kau akan memandangku dengan pandangan berbeza jua,
Dengan pandangan penuh kecintaan dariMu."




Bersambung..



Wednesday, August 24, 2011

Antara Wanita Solehah & Bidadari Syurga

Daripada Ummu Salamah, katanya:
“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…”
(Riwayat At-Thabrani)

Sungguh mulia dan sempurna seorang perempuan solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.
Seringkali orang bertanya, kenapa perlu adanya bidadari di syurga, sedangkan perempuan solehah itu sudah cukup mempesona, sudah cukup sempurna?

Sebenarnya, bidadari-bidadari syurga hanyalah memainkan peranan sebagai penyerlah kecantikan perempuan solehah tersebut. Bayangkan sebuah bintang yang bersinar paling gemerlap di langit, mana mungkin terserlah kecantikannya tanpa bintang-bintang lain yang kurang bersinar di sekeliling. Mana mungkin terserlah kecantikannya jikalau hanya bintang tersebut satu-satunya yang ada di langit. Samalah juga dalam hal ini, perempuan solehah di syurga akan terserlah kecantikannya dengan hadirnya bidadari-bidadari di sekelilingnya.

BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEREMPUAN SOLEHAH?

Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”

Si ayah pun menjawab:

“Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”

Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”

“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.

“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”

Si puteri kecil mengangguk-angguk tanpa faham.

“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”

Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”

Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya.

Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya.”
(Riwayat Al-Bazzar)

NILAI SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH

Apakah nilai seorang perempuan solehah? Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’.Dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai perempuan solehah itu terlampau berharga, sehinggakan kecantikan, kekayaan dan keturunannya tidak akan dilihat sama sekali tanpa keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!

Saturday, February 26, 2011

Alangkah Indahnya

Alangkah indahnya wahai Tuhan,
Andai tiap gerak tubuhku,
Adalah ketaatanku padaMu.

Andai tiap lafaz kataku,
Adalah zikir memujiMu. 

Andai tiap detik hatiku,
Adalah tafakur buatMu.

Lebih indah lagi wahai Tuhan,
Andai bisa kunikmati kasihMu,
Andai tetap kudamba cintaMu,
Andai terus kuhayati kalimahMu,
Untuk kuisi lompang fuadku,
Agar diriku dalam dakapan redhaMu.

Pasti terlalu indah wahai Tuhan,
Andai Kau membalas cintaku,
Dengan kebesaran kasihMu dengan kesucian sifatMu.

Wahai Tuhan..

Tentulah paling indah,
Jika cintaku mendapat perhatian,
dan Kau janjikan dengan pertemuan di syurga idaman.