Friday, October 11, 2013

Allah kan ada :)




Terkadang, 
Ujian kehidupan membuatkan kita menjadi lemah,
Seluruh tubuh terasa lesu,
Bagai tak mahu meneruskan langkah lagi,
Kering sudah airmata untuk menangisi,
Dunia seakan-akan gelap,
Terasa seolah tiada harapan untuk diri.

Kita nie,
Terkadang terlalu sibuk mengejar harta, mengejar cita-cita,
Masa kita senang, kita lupa dekat Allah.
Masa kita sihat, kita tak tunai perintah Allah.
Masa kita kaya, kita lupa bagi sedekah.
Masa kita berjaya, kita tak ingat nak ucap terima kasih pada Pemberi kejayaan.

Tapi mengapa, bila dijentik sedikit hati insani,
Dah mula resah gelisah,
Dah mula rasa Tuhan tak peduli.

"Kenapa Allah buat aku macam nie? Apa salah aku?"

Mengapa diletakkan kesalahan pada Tuhan?
Sedangkan kita yang sering lupa,
Kita yang selalu alpa.

Bila Allah tarik sedikit sahaja nikmat,
Kita dah mengeluh.

Allah uji kita dengan kesakitan,
Kita rasa Allah zalim pada kita.

Allah duga kita dengan kesusahan,
Kita dah mula rasa Allah tak sayang.

Hingga kita lupa,
Yang kita hanya makhluk, hamba ciptaan Allah.
Kita hanya hamba,
Kita bukan siapa-siapa,
Segala yang kita ada, bukan milik kita.

Hingga kita leka untuk mencari hikmah di sebalik ujian,
Betapa Allah nak kita dekat dengan Dia,
Allah nak kita kembali ingat dekat Dia.

Mungkin selamanie kita susah nak solat,
Maka Allah uji supaya kita jatuhkan ego kita sujud depan Allah.

Mungkin selamanie kita angkuh dengan kejayaan kita,
Dengan itu Allah uji supaya kita sedar kita hanya insan yang tak punya apa-apa.

Yakinlah,
Allah uji bukan kerana Allah itu zalim,
Tapi Allah nak kita sedar, bahawa kita ada Dia,
Allah nak kita tahu yang Dia sayangkan kita lebih dari ibu kita sayang kita.

Betapa indah aturan Allah,
Mungkin selamanie kita banyak buat dosa padaNya,
Kita selalu pinggirkan Dia,
Kita jarang "contact" dengan Dia,
Malah ada yang terus "lost contact" dengan Allah, dengan Al-Quran,
Maka Dia uji kita supaya kembali pada Dia,
Dia uji kita supaya kita jadi kuat keranaNya.


Buat yang sedang diuji,
Senyumlah sayangku,
Ujian itu tanda cinta Allah,
Tarbiyah direct dariNya.
Berbaik sangkalah pada Allah.

Pejamkan matamu,
Yakinlah, Allah sentiasa dekat, Allah sentiasa ada buatmu.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."{QS 2:216}


No comments:

Post a Comment