Monday, October 14, 2013

Kerana Dikau Yang Istimewa


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ehem.
Sebenarnya ana masih berat hati nak tulis entri nie,
Namun tanggungjawab terhadap agama, untuk menyampaikan ingatan perlu diutama,
Penerimaan dari insan lain harus diletakkan di tangga kedua, In shaa Allah.

Okay, sebelum tu ana nak cerita satu cerita.
Dulu-dulu kan, masa ana di zaman gelap (sebelum dikunjungi Cik Hidayah),
Dan masa tu pesbuk tengah meletop-letop kebaboom gitu,
Ana pun tak kurang hebatnya (ceh, hiperbola),
Orang upload gambar, ana pun nak jugak,
Boleh kata tiap-tiap hari duk upload gambar,
Macam-macam pose ada,
Cuma muncung itik, unta, kuda tu takdelah kan. Eheh.

Lepas tu, ada seorang akhowat tegur ana,
Masa tu, perasaan bercampur-baur,
Tersentap,
Terasa,
Semua 'ter' ada.
Tapi terdetik juga dalam hati, "Alaa, bukan upload gambar bukak tudung pun."
Astaghfirullah, sampai sekarang rasa menyesal sebab pernah fikir macam tu,
Pandainya syaitonirrajim racuni fikiran kita tanpa sedar,
Nampak tak permainan dia?

Okay tu pengalaman ana lah, dan in shaa Allah jadi pengajaran untuk diri ana sendiri.
Sebenarnya entri nie adalah khasnya ditujukan buat insan bergelar wanita sekalian.
Kat sini ana nak beri penekanan yang sangat sangat,
Most important thing,
Tentang aurat.
Mungkin kalian rasa dan biasa sangat orang cakap pasal nie, kan?
Tapi ana nak cakap jugak, sebab yang suruh kita tutup aurat nie bukan Perdana Menteri, Tok Penghulu Kampung mahupun Ketua Kelas, tapi Rabb kita, Allah Azza Wa Jalla.

Tak percaya?
Nahh, ini buktinya:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(An Nur:31)
Tapi sejak kebelangan nie, banyak sangat fesyen yang dikategorikan sebagai pakaian 'muslimah' muncul,
Macam-macam jenis tudung, baju dan seangkatan dengannya diperagakan.
Sampai mungkin antara kita pun mungkin ada timbul perasaan nak 'cuba' berfesyen-fesyen nie kan?
Fesyen tak salah selagi mana menepati syariat.
So, kita kena faham betul-betul bab aurat supaya tak pakai pakaian yang mengundang murka Allah.

"Aku dah pakai tudung, so apa lagi kau nak?"

Er, aurat tu bukan pada tudung semata okay,
Pakaian kita, jangan pakai yang ketat-ketat, 
Kaki tu, stokin mana stokin?
Lepas tu jangan ada bonggol-bonggol,
Biarlah orang kata kita kolot,
Sebab kita bukan nak nilaian manusia,
Cukuplah pada nilaian Allah.

Okay satu lagi,
Tentang pendedahan gambar di laman sosial,
Sebenarnya ana bukan nak melarang sama sekali,
Tapi tetap nak beri ingatan.

Ana nak tanya,
Kita dapat pastikan ke yang tengok gambar kita tu mahram kita je?
Dan kalau bukan mahram, pasti ke dia tu takde penyakit dalam hati dia?
Tak kesian ke kat zauj enti (bagi yang dah kahwin je), kalau enti dengan mudahnya dedahkan segala kecantikan bukan pada yang berhak?

Ana taknak jawab, kalian jawab sendiri. :p
Kat sinilah ana dapat rasa, betapa bersyukur Allah takdirkan akhowat tu tegur ana,
Baru ana tahu, betapa tingginya nilai seorang wanita, terutama muslimah.
Sampaikan dekat dalam Al-Quran ada surah untuk wanita,
Surah An-Nisa'.
Lelaki ado?

Sekali lagi, ana tekankan, bahawa entri ini adalah pesanan untuk diri sendiri,
Namun diharapkan dapat memberi ingatan jua untuk yang lain,
Pesan bukan tanda benci, pastinya kerana sayangnya pada kalian,
Mestilah nak masuk syurga sama-sama, kan?

Disini ana berikan sedikit panduan menutup aurat dengan sempurna,
Moga bermanfaat in shaa Allah.
Wallahua'lam.

:)



No comments:

Post a Comment